Friday 5 August 2011

kentut kau busuk lah

hai,



gua ada satu tabiat yang sangat tak elok. gua jenis suka postpone kerja sampai last minute. dari sekolah lagi gua sedar habit gua ni. dulu-dulu masa sekolah gua postpone kerja sekolah. last-last dah tak cukup masa nak buat sendiri, gua bawa homework tu pergi sekolah then tiru kawan pagi sebelum kelas bermula.


tu kisah gua kat sekolah. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. nasib Alhamdulillah SPM gua takde la teruk sangat. masa zaman matrikulasi pon sama juga. selalunya kes-kes last minute ni jadi dekat subjek fizik dengan matematik. gua paling bangang dua subjek ni la. sekolah dulu kira so so je, tapi bila masuk matrik, tahap kebangangan gua terhadap fizik dan matematik ni mendadak naik. natijahnya, sebelum kelas tutorial start, gua dan beberapa kawan sekelas akan duduk kat bawah pondok main passing passing kertas meniru la tu. tapi, kes ni tak terjadi kat subjek kimia, gua pon tak tahu kenapa. gua sehabis buleh selesaikan sendiri kerja gua. tak ada tiru-tiru untuk kimia. habis je lecture terus gua buat tutorial minat kan gua?


oh lupa nak cakap, dua perenggan atas tu hanyalah pengenalan, kalau dalam english cikgu gua panggil introduction. hak hak hak,
gua sebenarnya nak cerita yang gua selalu postpone niat gua nak tulis kat sini. serius cakap dah belambak draft yang gua buat, cuma malas nak karang je. ni karangan spontan so tak ada draft. idea gua belambak-lambak, maklumla duduk rumah patbulan woih.

ni gua baru tulis draft pasal cerpen kedua gua pulak. haila bila la gua nak ada kekuatan mengarang draft-draft yang lepas ye?!

oh baideway sebelum gua tulis "kbai", gua ada mention kat atas kan yang gua tengah karang cerpen kedua, so mana cerpen pertama gua? ha! ada kisah sedih sebalik tu. cerpen pertama gua hilang begitu sahaja. Alkisahnya gua rajin delete kat documen gua sebab penuh, then gua clean dustbin laptop gua, then baru gua sedar yang cerpen gua terdelet sekali. sadis kisah hidup gua..

ps: cerpen pertama bertemakan horror, kedua ni gua letak cintan cintun plak.
ps lagi: tajuk tak ada kene mengena sebab suka hati gua la..



main kaler-kaler dengan adik lepastu tekan X dan ENTER, makanya gua tak save apa yang kami kaler. sengal...

No comments:

Post a Comment