Monday 20 February 2012

kali pertama karaoke

Assalamualaikum peeps!

Geng! gua tak pandai bermukhadimah..sebab, kalau gua dah start tulis mukhadimah, gua akan buat pat perenggan untuk mukadimah tersebut. so gua anggap perenggan pertama ni sebagai mukadimah la ye..ok settel..

gua kan baru ingat password, so harusla gua tengok apa benda yang gua draft pat bulan yang lepas, then gua jumpa "kali pertama karaoke" bila gua open je, tengok kosong..ada tajuk ja..gua decide nak laksanakan lah apa yang gua terpikir nak tulis kat sini pat bulan lepas, tapi malangnya gua dah cuba..ingat ni..gua dah cuba..malangnya gua tak ingat apa yang sepatutnya gua tulis kat enti ni..kui kui kui..

so untuk tak menghampakan lu orang gua nak kasi tau yang first time gua p karaoke adalah................................................................


p/s :gua tak ingat sebenarnya..maapkan gua..=,=

Aku kembali yeah yeah!!

Assalamualaikum peeps~

Akhirnya dapat jugak aku bukak blog hitam yang bajet misteri ni.. Sebab lama tak bukak adalah gua terlupa password. sedih kan kisah gua.?

lepas dah boleh open blog hitam manis ni gua baca balik segala benda merepek gua tulis masa cuti pat bulan yang lepas..macam vongong ja segala benda gua merepek. memula enty pon dah merepek. bajet nak jadik misteri..tutup muka segala bagai..last2 habok pon takde..kui kui kui..

kedua pulak, kononnya nak buat komik. time ni semangat nak me-ngomik sangat tinggi ye geng, so jangan salahkan gua berperangai sedemikian..hakktuihh!! lepas paint dah expired, dakwat pen dah habis, gua terus bersara dari bidang lukisan per-katunan..

ketiga, kononnya nak tulis cerpen..ni lagi hakktuihh!!..sampai sekarang gua tak sambung2..dan cerpen tersebut hilang bila gua buat gila formatkan laptop tanpa back-up..

keempat, bajet nak jadi gangster, tapi bila umur meningkat ni rasanya kena kurankan ke-gangster-an la..baju pon dah slow2 ke arah muslimah yang feminin..kui kui kui..doakan gua ye..

kelima, gua ada janji nak story pasal sebab musabab gua create blog baru which is blog huduh ni..tapi gua dah lupa sebab dia..so kira settel la naa..

keenam, gua janji nak story pasal gua berenti kerja..yang ni gua ingat lagi..tapi gua tengah pikir plan lain so postpone dulu la..kalau lu orang nak tau, jemput2 la poke gua kat fesbuk..tu pon kalau kawan gua yang tiga ketul ni nak jadi bizi bodi la..kui kui kui..

oh ya, gua ada blog baru..ya mungkin blog baru gua ni pon akan jadi seperti blog2 gua yang lalu..tapi gua rasa, gua rasa je la ye..gua nak bertekad blog baru gua ni, gua nak story pasal gua kat korea..from A to Z..manalah tau kalau2 gua terkahwin dengan mamat Malaysia kat Korea kan, bulih la makayah gua tau kisah sebaliknya..sebab gua kan pemalu nak story sendiri..kui kui kui..

blog gua yang satu lagi tu pandai2 la lu orang cari sendirik..bak kata lecture inorganic chem gua, "zaman google ni pon awak nak saya suapkan jugak ke?"

sekian dari gua..

p/s:esok nak basuh kawah..=,=

Friday 5 August 2011

kentut kau busuk lah

hai,



gua ada satu tabiat yang sangat tak elok. gua jenis suka postpone kerja sampai last minute. dari sekolah lagi gua sedar habit gua ni. dulu-dulu masa sekolah gua postpone kerja sekolah. last-last dah tak cukup masa nak buat sendiri, gua bawa homework tu pergi sekolah then tiru kawan pagi sebelum kelas bermula.


tu kisah gua kat sekolah. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. nasib Alhamdulillah SPM gua takde la teruk sangat. masa zaman matrikulasi pon sama juga. selalunya kes-kes last minute ni jadi dekat subjek fizik dengan matematik. gua paling bangang dua subjek ni la. sekolah dulu kira so so je, tapi bila masuk matrik, tahap kebangangan gua terhadap fizik dan matematik ni mendadak naik. natijahnya, sebelum kelas tutorial start, gua dan beberapa kawan sekelas akan duduk kat bawah pondok main passing passing kertas meniru la tu. tapi, kes ni tak terjadi kat subjek kimia, gua pon tak tahu kenapa. gua sehabis buleh selesaikan sendiri kerja gua. tak ada tiru-tiru untuk kimia. habis je lecture terus gua buat tutorial minat kan gua?


oh lupa nak cakap, dua perenggan atas tu hanyalah pengenalan, kalau dalam english cikgu gua panggil introduction. hak hak hak,
gua sebenarnya nak cerita yang gua selalu postpone niat gua nak tulis kat sini. serius cakap dah belambak draft yang gua buat, cuma malas nak karang je. ni karangan spontan so tak ada draft. idea gua belambak-lambak, maklumla duduk rumah patbulan woih.

ni gua baru tulis draft pasal cerpen kedua gua pulak. haila bila la gua nak ada kekuatan mengarang draft-draft yang lepas ye?!

oh baideway sebelum gua tulis "kbai", gua ada mention kat atas kan yang gua tengah karang cerpen kedua, so mana cerpen pertama gua? ha! ada kisah sedih sebalik tu. cerpen pertama gua hilang begitu sahaja. Alkisahnya gua rajin delete kat documen gua sebab penuh, then gua clean dustbin laptop gua, then baru gua sedar yang cerpen gua terdelet sekali. sadis kisah hidup gua..

ps: cerpen pertama bertemakan horror, kedua ni gua letak cintan cintun plak.
ps lagi: tajuk tak ada kene mengena sebab suka hati gua la..



main kaler-kaler dengan adik lepastu tekan X dan ENTER, makanya gua tak save apa yang kami kaler. sengal...

Tuesday 2 August 2011

bye bye syaitonnirojim

hoi..


eh salah, Assalamualaikum.

kali ni saya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan. kelebihan-kelebihan Ramadhan pon semua orang dah tau rasanya. dah belambak-lambak orang share kat facebook, blog, etc etc. so tak payahla saya membebel.

eh macam pelikkan bila guna "saya" instead of "gua" yang selalu saya guna. sempena bulan baik ni tatabahasa kena sopan la sikit ye dak? hek hek hek.

lagi nak cerita apa ye? *gedebak gedebuk* tu bunyi gua saya berfikir.
okeh bebeh lets proceed yow, entry kali ni dan seterus-seterusnya akan kurang kartoon dan mungkin projek gua saya nak siapkan komik terpaksa ditunda untuk jangka masa yang tak dapat dikenalpasti perghh ayat skematik.

ni antara sebab musabab yang menjadi penyebab la,
1) gua saya punya painttool dah expired
2) jari dah kaku nak lukis guna photoshop
3)gau gua saya takde tablet sesapa tolong belikan. hek hek hek
4) fokus kepada Ramadhan.

takde bakat mewarna =(

1.14 a.m
nak tidor
kbai

Thursday 21 July 2011

Gua Dan Jadi Pelukis Komik

hoi.

gua sekarang tengah mood cuti. biasala bebudak U sekarang tengah honeymoon patbulan. kalau orang kahwin, 4 bulan honeymoon ni dah boleh mengandung tau dak. jadah apa gua merepek ke mengandung ni. gua kan gangster. gua dah bosan gila. kalau orang kampung gua panggil boring. heh! sejak gua berenti kerja ni, hidup gua kat rumah je la. jadi driver ambik adik2 sekolah. gua syak mak ayah gua nak suruh gua jadik drifter la kot. hek hek hek.

dah dah. tak dak point gua membebel kat sini sampai lupa point asal gua menulis. sat minum milo pekat, nak bagi ingat balik.

tingg!!!

ingat dah, gua rasa gua nak melukis kartun la. ala..gua bukan berdarah seni. gua berdarah merah yang bercap AB+. hek hek hek. ok tak lawak,
sementara gua kat rumah ni, gua nak melukis sebab bilik gua dah macam library awam tapi penuh dengan komik. yeah, gua admit yang gua penggila komikk!!!!! wohoa!!!



untuk permulaan gua uplod mamat ni dulu. nama dia Samad, buleh panggil dia Sam. ni gua letak biodata beliau. kot kot ada awek mata bolat nak adjust dia.

NAMA: Samad bin Ismail Ali
NAMA PANGGILAN: Sam
UMUR: 20 Tahun
HOBI: Menonton telebesyen
MAKANAN KEGEMARAN: Nasi ayam
MINUMAN KEGEMARAN: Teh O ais Limau
CITA-CITA: Memenangi pertandingan jejaka kacak di facebook
EMAIL: sam_kachak@gmail.com
FACEBOOK: sam amat kachak
MOTTO HIDUP: what goes around come around






p/s: gua banyak kali typo. nak tulis "gua" jadi "gau"
p/s: gambar SAM kecik sebab gua lukis atas kertas then scan, gau tak reti nak enlarge.

tensyen lah sangat kan?

wohoa peeps...

hekss!!

pernah tak rasa tensyen/tekanan/bla bla bla. gua pernah. yes pernah and selalu terjadi. so nak list la dua tiga sebab musabab yang menjadi penyebab gua tensyen. tapi tahap ketensyenan gua ni tak lah boleh lawan ketensyenan CEO projek juta-juta. gua dulu fail karangan so gua tak reti buat perenggan, gua listkan je sonang.

1. semalam gua lukis doddle, sebabkan gua ni tak berduit, so lukis pun guna mana yang ada jela kan. and seriously susah nak mam*** lukis guna touch pad. gua lukis pakai painttool sai. trial version punya. lukis punya lukis gedebak gedebuk siapla. nak save tak boleh, try lagi nak save, tak buleh lagi. sekali check cisss dah expired la paintool gua. hareemmm betol la.

2. tadi, which is sebelum gua decide nak menaip entry ni. around 2.48am gua pi dapor kononnya nak makan roti milo. letakla milo bebanyak dalam mug sebab nak bawa masuk bilik makan dengan roti. bila nak ambik roti atas meja je, cisss!!! roti dah habis la. demm sekali lagi. sebabkan tanak membazir milo yang dalam mug tu, gua tuangla air sejuk (suhu bilik). beketol-ketol la air milo pekat. gua syak esok gua sembelit la.

3. ulang balik point no.1

4. ulang point no.2

5. ulang baca banyak-banyak sampai ketensyenan gua meresap kedalam jasmani dan rohani lu all.


cartoon yang gua lukis tak boleh save. gua lukis tangan je. cisss


p/s: jangan tensyen-tensyen nanti dapat heart attack

Wednesday 20 July 2011

siri 1: kelahiran seorang manusia (pengenalan)

wah! miss ni pengikut tegar beberapa blog yang suka buat entry siri-siri nih. so semalam setelah berhibernate miss rasa miss pon macam nak buat entry siri-siri disamping entry mengarut yang akan dicarut kemudian hari. hek hek hek.

sebelum miss proceed dengan projek siri-siri miss ni, nak la jugak miss kongsi dengan hampa semua tajuk dia kan? alkisah tajuknya KELAHIRAN SEORANG MANUSIA.

tajuk ni miss pilih sebab miss sedar senang kita nak lahirkan orang, tapi susah untuk lahirkan manusia. bukan maksud miss buat ehem ehem then keluarlah seorang orang. TIDAK SAMA SEKALI!
maksudnya nak mendidik seseorang tu menjadi manusia. ingat sengang ke ha?!

dah malas nak membebel, miss nak pergi lukis doddle sebab ini entry ber-doddle..

ni adalah orang


p/s: gua tak sabar nak ada manusia yang dipanggil baby.

kbai

UPDATE: GUA DAH LAMA TULIS..LAMA GILA..GUA BARU NAK PUBLISH..DAN INI ADALAH EPISOD PERTAMA DAN TERAKHIR SIRI KELAHIRAN SEORANG MANUSIA NI YE..SEBABNYE GUA TAK INGAT APA YANG GUA NAK SAMPAIKAN DALAM SIRI INI..MAAP